Antara perkara paling ditunggu kanak-kanak Barat setiap kali sambutan Halloween adalah mendapat kek dan gula-gula yang banyak.
Bagaimanapun apabila hos terkenal Jimmy Kimmel meminta penontonnya melakukan ‘trick’ dengan menipu anak-anak mereka bahawa semua kek dan gula-gula mereka sudah habis dimakan dan merakamnya, pelbagai reaksi dapat dilihat.
Memandangkan manisan ini merupakan kegemaran kanak-kanak, kebanyakan reaksi si kecil sangat marah tetapi apabila ditunjukkan dengan cara mereka, ia kelihatan lucu dan menghiburkan.
Jom layankan rakaman reaksi anak-anak peminat Jimmy Kimmel di Amerika Syarikat selama tiga tahun apabila ditipu ibu bapa mereka ketika Halloween. – REM RAMZI
0 komentar:
Posting Komentar