KUALA LUMPUR – Cuma satu aduan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah laku pegawai agensi tersebut dari tahun 2012 hingga pertengahan tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, aduan itu jauh berkurangan berbanding pada tahun 2009 yang menerima sebanyak 20 aduan mengenai salah laku membabitkan pegawai SPRM.
“Transformasi infrastruktur membabitkan pembinaan Kompleks Pejabat SPRM di tujuh negeri di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kelantan, Melaka dan Pahang membantu mengurangkan kadar tohmahan terhadap pegawai SPRM.
“Kelengkapan di kompleks tersebut termasuk bilik temuduga bervideo (VIR) dan kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengurangkan tohmahan terhadap pegawai SPRM,” katanya melalui satu kenyataan media yang disiarkan oleh SPRM di sini hari ini.
Beliau dilaporkan berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Pahang.
Abu Kassim seterusnya berkata, perkembangan infrastruktur itu amat penting kerana ia selaras dengan transformasi yang sedang dilaksanakan bagi mencapai kehendak masyarakat serta membolehkan tugas dijalankan tanpa ragu. – mynewshub.my
Foto: BH Online
0 komentar:
Posting Komentar