Selasa, 24 Desember 2013

AL FATIHAH Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar Pemberontak

SEGERA: Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar Pemberontak


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info