Selasa, 17 Desember 2013

LETIH SAKIT KEPALA HIDUNG ANDA UBATNYA


Selalu tak rasa letih @ sakit kepala? Sebelum pegi beli ubat atau jumpa doktor, kita try dulu terapi pernafasan ni. Kalau selalu amalkan secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan rileks. Info ni fakta tau..

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Adakah fungsi di kiri dan kanan sama untuk menarik dan menghembus nafas ?

Sebenarnya fungsi di kedua-dua belah tidak sama dan kita sendiri dapat rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan udara panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan udara sejuk).

Jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, insyaAllah sakit kepala akan sembuh.

Jika kita berasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, kita akan rasa segar kembali. Ini kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan udara panas, sementara lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah berasa sejuk. Lelaki plak bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah berasa marah.

p/s Jika terasa ingin bunuh diri plak, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa selepas tu. =)

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info