AYER KEROH - Tindakan nekad tiga lelaki yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Taman Ayer Keroh Height, dekat sini, semalam gagal apabila tali yang digunakan bagi menarik mesin itu putus.
Dalam kejadian kira-kira 5.55 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang berpakaian gelap dan bertopi keledar memasuki ruang mesin berkenaan diletakkan.
Suspek dikatakan mengikat seutas tali pada mesin ATM itu, manakala hujung satu lagi diikatkan pada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang menunggu di luar bank.
Bagaimanapun, segala perancangan mereka tidak kesampaian apabila tali berkenaan putus sebaik sahaja ia ditarik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat dan mendapati pintu serta tingkap cermin bank berkenaan telah dipecahkan.
Katanya, menyedari perancangan mereka tidak berjaya, ketiga-tiga suspek bersama pemandu kenderaan pacuan empat roda terus melarikan diri tanpa berjaya bawa sebarang tinjauan.
Bagaimanapun, katanya, polis tidak dapat pastikan berapa ramai lagi rakan suspek yang turut terlibat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
0 komentar:
Posting Komentar