Minggu, 16 Februari 2014

Penan pertahan tanah walau tidak diiktiraf warganegara

 

















Malaysiakini


  • Ahmad Fadli KC
  •   Okt 25 2012

Murum adalah kawasan pedalaman dipenuhi hutan khatulistiwa dan mengambil masa perjalanan selama lebih empat jam dari pekan Bintulu, Sarawak.

NONEAtas nama pembangunan, kerajaan negeri Sarawak bertindak
memajukan Murum dengan meluluskan lesen pembalakan, membenarkan tanaman kelapa sawit diusahakan dan kini melaksanakan projek empangan hidroelektrik Murum.

Pada masa sama, kawasan itu juga menempatkan lapan kampung rumah panjang kira-kira 1,400 etnik Penan.

Berhadapan dengan penempatan semula akibat projek empangan Murum, mereka kini bertindak menghadang jalan masuk ke projek empangan berkenaan.

Wartawan Malaysiakini berkunjung ke Murum dan menemubual etnik Penan di situ.

Menurut Senang Kalang, 27 tahun, beliau tetap akan mempertahankan tempat tinggal dan tanah adat mereka itu.

"Kami tidak pernah takut. Mati dengan kebenaran lebih mulia dari hidup sebegini," katanya tegas.

Menurutnya, kerajaan Sarawak tidak pernah melibatkan mereka dalam perbincangan untuk memajukan kawasan itu.

Katanya, mereka hanya didekati pemaju projek berkenaan selepas
kerja-kerja awal pembinaan dijalankan.

NONE"Mereka pernah tanya kami (jika kami setuju). Kami kata tak mahu," kata Senang (kiri) yang berkhemah di tapak hadangan sejak 25 September lalu.

Pemaju empangan, Sarawak Energy Berhad menandatangani perjanjian mengiktiraf etnik Penan sebagai pemilik tanah adat di kawasan itu.

Namun, pergeseran timbul kerana pemaju bersetuju membayar pampasan pelah daleh (pampasan pecah tanah) dan pemali (pampasan menceroboh) tetapi kerajaan negeri tidak bersetuju dengan tuntutan lain etnik Penan.

Mereka antara lain menuntut RM500,000 setiap keluarga untuk kehilangan tanah adat; tanah 30,000 hektar untuk setiap kampung, tanah 25 hektar untuk setiap keluarga berkebun, pendidikan untuk kanak-kanak, tabung pembangunan masyarakat dan hak ke atas tanah mereka yang tidak akan ditenggelamkan untuk empangan.

NONEMasalah tersebut diburukkan lagi dengan masalah kewarganegaraan
Penan yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Menurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, hanya 60 peratus daripada isirumah etnik Penan mempunyai sijil kelahiran.

Namun, daripada jumlah yang sama lebih 80 peratus masih tidak mempunyai kad pengenalan.
seterusnya sini

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info