Sabtu, 15 Februari 2014

Bukan Nak Tiru Sesiapa! – Ainan Tasneem


Bukan Nak Tiru Sesiapa!   Ainan Tasneem
LAMPAI tubuhnya membuatkan gadis yang mengenakan sepasang kurung ungu ini tampak begitu menyerlah dari kejauhan. Apabila menghampiri, ia membuatkan sesiapa saja mahu menoleh dua kali kerana raut wajahnya ada iras penyanyi terkenal, Shila Hamzah.
Ainan Tasneem Redzuan, nama yang diberi orang tuanya adalah bintang Youtube yang kian menyerlah dan bakal menyerikan persada seni suara.
Bukan Nak Tiru Sesiapa!   Ainan Tasneem
Pelantun lagu Aku Suka Dia ini pada dasarnya popular di kalangan pendengar. Ia terbukti, lagu nukilan sepenuhnya oleh gadis 20 tahun itu, menduduki tangga lima di carta Hot FM. Begitu juga keadaannya di radio-radio tempatan berbahasa Melayu lain.
Mengambil kira mereka yang sudah melayari lagunya di YouTube yang mencecah satu juta orang, ia membuktikan karyanya sedang diperhatikan.
Cuma, di dada akhbar mahupun majalah, wajahnya masih kurang dikenali kerana dihalang oleh statusnya sebagai penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses. Status itu juga menghalang dia untuk muncul dengan lebih kerap di khalayak umum apalagi memenuhi undangan nyanyian.
Namun memandangkan sekarang sehingga September ini dia sedang bercuti semester, lantas Ainan merebut peluang untuk sesi fotografi bersama pihak media.
“Berbeza cuti semester sebelumnya, kali ini saya lebih sibuk kerana memenuhi sesi fotografi, program TV dan rangka promosi single Aku Suka Dia.
“Memang situasi sekarang saya terasa janggal tapi inilah saja masanya yang boleh saya manfaatkan untuk mempromosi kerjaya nyanyian saya. Setakat ini saya sudah jalankan 15 aktiviti promosi.
“Ini kerana perjanjian dengan syarikat rakaman, saya dan keluarga meminta agar tidak diganggu ketika kuliah. Pelajaran adalah keutamaan saya. Lantas saya berjanji akan memberikan komitmen ketika cuti semester. Mujurlah pihak pengurusan syarikat rakaman begitu memahami dan toleransi dengan permintaan saya,” katanya.
Tidak pernah membayangkan dirinya akan terjebak dalam lapangan seni meskipun mengakui gemar menyanyi tetapi bukan untuk dijadikan karier, Ainan bersyukur.
“Sejak bersekolah lagi saya aktif dalam persembahan nyanyian dan sampai sekarang pun di universiti saya masih mengambil bahagian dalam acara pentas.
“Saya langsung tidak menyangka minat terhadap muzik akhirnya menjadi serius ke tahap ini. Semuanya gara-gara klip video Aku Suka Dia dimuat naik ke dalam YouTube oleh peminat facebook saya kira-kira dua tahun lalu. Lagu itu saya tinjauankan selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) selepas dicabar salah seorang peminat yang minta saya mengtinjauankan lagu sendiri selepas dia kerap melihat video saya bermain gitar dan menyanyikan lagu-lagu artis popular.
“Saya menyiapkan lagu itu pada hari yang sama di mana tatkala memetik gitar saya mendapat ilham untuk mengtinjauankan melodinya lalu serta-merta saya siapkan liriknya kerana bimbang lupa. Hari yang sama juga saya muat naik video itu ke dalam facebook sebelum ada salah seorang peminat memasukkannya pula ke laman YouTube,” katanya.
Bicara Ainan lagi, sejak beberapa ketika videonya dimuat naik ke dalam YouTube, beberapa tawaran daripada syarikat rakaman terima namun dia terpaksa menolak pelawaan itu dengan baik.
“Namun apabila label Music Valley menawarkan untuk menjadi artis rakaman mereka, kebetulan ibu bapa saya memberi keizinan. Pun begitu, ia datang dengan syarat iaitu nyanyian hanyalah hobi kerana pelajaran harus diutamakan dulu.
“Saya bersetuju kerana saya sendiri tak pernah fikir menjadi artis meskipun hobi menyanyi sudah tersemat sejak di bangku sekolah lagi,” katanya.
Setakat ini dia mempunyai lima lagu seperti Tak Mungkin Aku, Harapan Cinta, Ente Saja.
Secara rasmi menaungi Music Valley pada Disember 2011, lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan kemudian melalui proses rakaman semula di studio sekitar Februari.
Strategi promosi dengan mengeluarkan single demi single, lagu Aku Suka Dia misalnya terpilih untuk dimuatkan ke dalam Album Kompilasi Artis Indonesia, bersama-sama single Percintaan Ini oleh Ezad Lazim, bekas vokalis Exists.
Rabu minggu lalu, Ainan merakamkan single kedua bagaimanapun kali ini tidak mempertaruhkan lagu ciptaannya. Sebaliknya Ainan membuat rakaman semula karya bintang YouTube, Fynn Jamal, berjudul 150 Juta.
Hadir bersama abang yang dikenali sebagai, Zola dan sahabat baiknya, Dila serta Pengurus Promosi Music Valley, Mahadhir Mohamad, Ainan berkata dia mula bermain gitar sebaik saja tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Desakan untuk mendalami peralatan muzik itu tercetus tatkala dia berkata-kata alangkah seronoknya kalau dia boleh menyanyi dan memetik gitar lagu-lagu kegemarannya seperti The Show dipopularkan oleh Lenka dan Taylor Swift.
Peminat Datuk Siti Nurhaliza ini berkata, sejak itu dia terus mempelajari teknik bermain gitar dengan menonton video ‘How To Play Basic Guitar’ di YouTube dengan menggunakan gitar yang dibelinya sendiri.
Bertudung sedari tingkatan satu, gaya itu katanya bukan untuk mencuri perhatian umum atau ingin memberi amaran bahawa datang seorang lagi Yuna atau Najwa Latif.
“Saya bukan nak tiru sesiapa. Apabila ada orang baru yang bertudung boleh menyanyi dan bermain gitar, tentu orang akan cakap klon Yuna dan Najwa Latif. Saya cuma ingin katakan di sini bahawa saya mula memakai tudung sejak Tingkatan 1 lagi,” katanya. – Metro

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info