Senin, 24 Februari 2014

ALASAN ISTERI DIBELASAH TERUK DALAM LIF HOSPITAL SEBAB ANAK ANAKNYA ENGGAN IKUT DIA PERGI BERSIAR SIAR!!!!


 Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar

BUKIT MERTAJAM - Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada  anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, tinjauan perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.

Wanita yang dibelasah suaminya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, di sini, Isnin lalu mengakui sudah tawar hati terhadap pasangannya itu.

“Saya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya apatah lagi selepas dipukul. Saya dah tawar hati sebab itu saya tidak menangis ketika pukul,” katanya. Wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan selepas video dia dipukul seorang lelaki dalam Youtube, mendapat reaksi pelbagai pihak, semalam.

Mangsa yang bekerja kilang berkata, dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan di kepala, muka dan paha kiri dalam kejadian itu.

Wanita itu berkata, kejadian berlaku di dalam lif di sebuah hospital swasta Bandar Perda, ketika dia dan dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutinya.

“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut ummi dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya. ketika ditemui, di sini, semalam.

Mangsa yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun berkata, suaminya kemudian menampar mukanya beberapa kali, walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.

“Saya keluar dari lif sebaik pintu terbuka tetapi suami menendang paha kiri hingga saya terjatuh,” katanya yang membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, dekat sini, pada hari sama.

Suami mangsa sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.

Mangsa berkata, dia pernah meminta suaminya menceraikannya tetapi dia dicabar supaya pergi ke pejabat agama.

Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, mengakui dia memuatkan video kakaknya dipukul ke dalam Youtube selepas dihantar seorang abangnya dan berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis kini memburu lelaki yang berasal dari negeri ini tetapi bertugas di Jerantut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

DIA JARANG PULANG SEBABNYA DIA ADA BINI MUDA...BILA ANAK-ANAK TAK MANJA DENGAN DIRINYA YANG JADI MANGSA BELASAHAN LEPAS GERAM IALAH ISTERI TUA NYA.

INI BUKAN MANUSIA.. TETAPI HAIWAN BERWAJAHKAN MANUSIA.

SEKARANG KENA TERIMA PADAHNYA SEBAB KINI SEDANG MENJADI BURUAN POLIS.

PERIBAHASA BARU SUDAH TERCIPTA....SAYANG ANAK  DI TINGGAL-TINGGALKAN ... SAYANG BINI TUA DITANGAN-TANGANKAN.

Sumber

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info