Tampilkan postingan dengan label tiga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tiga. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Tindakan Nekad Tiga Lelaki Guna 4WD Tarik Mesin ATM




AYER KEROH - Tindakan nekad tiga lelaki yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Taman Ayer Keroh Height, dekat sini, semalam gagal apabila tali yang digunakan bagi menarik mesin itu putus.


Dalam kejadian kira-kira 5.55 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang berpakaian gelap dan bertopi keledar memasuki ruang mesin berkenaan diletakkan.


Suspek dikatakan mengikat seutas tali pada mesin ATM itu, manakala hujung satu lagi diikatkan pada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang menunggu di luar bank.


Bagaimanapun, segala perancangan mereka tidak kesampaian apabila tali berkenaan putus sebaik sahaja ia ditarik.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat dan mendapati pintu serta tingkap cermin bank berkenaan telah dipecahkan.


Katanya, menyedari perancangan mereka tidak berjaya, ketiga-tiga suspek bersama pemandu kenderaan pacuan empat roda terus melarikan diri tanpa berjaya bawa sebarang tinjauan.


Bagaimanapun, katanya, polis tidak dapat pastikan berapa ramai lagi rakan suspek yang turut terlibat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Rabu, 18 Desember 2013

Tiga Pembunuh Setan Bebas Kerana Ujian DNA


Tiga laki-laki yang dituduh membunuh tiga anak berusia 8 tahun di Memphis Barat, Arkansas, Amerika Syarikat, dibebaskan pada Jumaat 19 Ogos 2011. Hakim memerintahkan pembebasan ketiga pemuda itu kerana bukti DNA tak ada yang merujuk kepada ketiga orang yang dipenjara sejak 18 tahun lalu itu.
Ketiga pemuda itu, Damien Echols, Jason Baldwin dan Jessie Misskelley sepakat mengubah pernyataan tak bersalah menjadi bersalah atas pembunuhan yang disebut "satanic" pada 1993 itu. Sebelumnya mereka mengaku tidak bersalah. Dengan manuver ini, mereka bisa bebas bersyarat.
Baldwin mengungkapkan, perubahan pengakuan ini juga untuk menolong Echols yang terancam hukuman mati sehingga dengan manuver itu, jaksa penuntut boleh bekerja untuk mengumpulkan bukti-bukti lebih lanjut. Echols sendiri menyebut penjara selama 18 tahun seperti "benar-benar hidup di neraka."
Bebas percubaan ini selama 10 tahun. Jika melakukan tindakan melawan hukum lagi, boleh dipenjarakan lagi selama 21 tahun, kata jaksa Scott Ellington. "Saya percaya kes ini ditutup," kata Ellington seperti dilansir MSNBC.
Ketiga pemuda ini dituduh membunuh tiga anak yakni Steve Branch, Christopher Byers dan Michael Moore pada tahun 1994. Ketiga anak ini ditemukan mati di sebuah parit di Memphis dan diduga berkait ritual pemujaan setan.
Tuduhan atas ketiga orang ini banyak dikecam kerana dinilai tidak berdasarkan bukti kuat. Sejumlah selebriti seperti Eddie Vedder dari band Pearl Jam turut membela ketiga pemuda itu.
Tahun lalu, Mahkamah Agung Arkansas memerintahkan penyelidikan baru setelah peguam terdakwa menyatakan bukti DNA boleh membebaskan mereka. Namun Jumaat kelmarin, Hakim David Laser mengadakan sidang membahas penemuan itu.
Hasil ujian DNA terbaru yang diambil dari lokasi kejahatan itu tidak satu pun terkait pada tiga pemuda itu. Bahkan ditemukan DNA orang-orang lain yang belum dikenali. [vivanews.com]
Older Post ►
 

Copyright 2011 mesin info