Share
Sungguh memalukan!
Setelah ratusan kecaman yang dihambur blogger pencacai Umno-APCO tentang kununnya peningkatan kadar jenayah semalam, rupanya hari ini terkantoi juga akhirnya!
Bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kementerian itu sendiri!
Saling tak tumpah dengan Kelantan yang sering diserang dengan kununnya isu bekalan air dan kadar jenayah antara tertinggi di negara ini, Selangor juga terkena tempiasnya sejak tsunami 2008 melanda.
Apakah pegawai yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri menyiapkan kertas jawapan bagi soalan di Parlimen ini adalah dari kalangan mereka yang bodoh sebagaimana ahli Umno-APCO yang tinggal dalam parti reput itu bak kata Mahathir?
Atau ia satu lagi kerja flip-flop menterinya Hishamuddin Hussein yang mengatakan kadar jenayah di seluruh negara turun tetapi tidak di Selangor??
Alasan kebudak-budakkan ini tidak sepatutnya diterima memandangkan Parlimen adalah tempat tertinggi pembuat dasar dan penggubal undang-undang berbahas sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan.
Jika datanya salah taip apakah ia tidak sekaligus juga menjatuhkan imej negara??
Kementerian hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.
Pua semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.
Beliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Kebertinjauanan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.
"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.
"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.
Bagaimanapun, tiada permohonan maaf dari kementerian atas kesilapan salah taip tersebut sehingga persidangan ditangguhkan hari ini.JALAN PULANG
0 komentar:
Posting Komentar